Tuesday, 8 February 2011

~Challenges and differences~

Let's face it.

Hidup ini susah. Banyak betul masalah dia. Cabaran sana-sini, dugaan datang dari setiap sudut. Dengan study nya lagi, dengan kerjanya lagi, dan selain dari masalah dunia tu masih ada tujuan hidup manusia yang perlu dilaksanakan, yakni 'ubudiyyah dan khilafah. Beratnya rasa, perjuangan terasa begitu perit. Kerja makin banyak, study makin susah, masa makin kurang, tapi da'wah tak boleh lak dibiarkan begitu je. Dunia atau akhirat? Argh!! Tak ke mengundang dilema tu? Takkan nak dibiarkan je study untuk akhirat? Lagi teruk ialah fokus study je dan tanggungjawab Allah dibiarkan begitu sahaja, tak ke lagi naya tuh?

Namun disebalik rasa susah itu, terlintas hati untuk buka kembali lembaran Sirah Rasulullah (s.a.w.). Kadang-kadang, bukak buku. Masa lain pulak tengok video The Message (1976; versi Arab subtitle BI ada je kat Youtube. Versi BI lak lakonan Anthony Quinn tapi lagi suka versi yg pertama sebab baru dapat lebih menghayati keadaan masa tu).

Betapa hebatnya perjuangan mereka. Betapa besarnya pengorbanan mereka. Betapa berjayanya mereka disamping menjadi kaum minoriti yang ditindas. Walaupun mereka menjalankan kerja Da'wah yang meluas dan tanpa henti, sehingga ke seluruh tanah Arab, tapi ia tidak menghalang mereka berjaya dalam hidup dunia mereka. Pahlawan2 yang mantap, pedagang2 yang berjaya, ilmuwan2 yang bijaksana.. Nak dibandingkan perjuangan dan usaha mereka, betapa kerdil rasanya usaha yang sedang dilakukan sekarang. Usah kata Rasulullah (s.a.w.), tak boleh nak banding usaha perjuangan ini dengan para Sahabat. Boleh ke nak banding dengan Abu Bakr, 'Umar Al-Khattab, Uthman ibn 'Affan, Ali Abi Talib, Khabbab ibn Al-Aratt, Mus'ab ibn Umair, Hamzah ibn 'Abdul Muttalib atau Bilal ibn Rabah.. Mereka telah mengerahkan segala kuderat ke jalan Allah, biarpun betapa peritnya perjalanan mereka.. Bagaimana pula dengan aku? Kata nak syurga Allah, tapi cukup ke usaha? Kalau ditakdirkan menghadap Allah sekarang dan aku persembahkan usahaku yang sangat tak seberapa ini kepadaNya, bagaimana agaknya Allah menilai?

Tanpa sedar air mataku bergenang dan mengalir..

Di mana silapnya aku Ya Allah.. mengapa begitu payah rasanya menempuh halangan yang tidak seberapa ini Ya Allah..

Jawapannya hanya satu.. Kerana kerja yang ada tidak dilaksanakan kerana Allah sahaja. Kemungkinan besar ada salah dari segi niat. Kenapa perlu dipisahkan da'wah dengan study? Kenapa perlu dipisahkan ibadah dengan kerja2 dunia lain? Study boleh jadi da'wah, kerja boleh jadi ibadah, tapi kena betul niatnya. Jika betul kita cintakan Allah dan agamaNya, segala akan jadi mudah jika kita jadikan ia sebagai da'wah ke jalan Allah. Betulkan niat kita. Berbaloikah mengejar dunia tetapi akhirat tercicir?

Kalau kita pergi kedai mamak dan mintak pinggan, pinggan je yg kita dapat. Tapi kalau kita mintak roti canai, kita dapat roti canai dan jugak pinggan. Pinggan hanya hiasan, tapi roti canai adalah makanan untuk hidup. Akhirat ibarat roti canai tersebut, di mana kalau kita mahukan dan meminta untuk ia, Dunia akan menyusul bersama.

Ya Allah, ku ingin betulkan niatku.. Bantulah diri hambamu yang lemah ini dalam memperoleh CintaMu..

Wassalaam.

No comments:

Post a Comment