Thursday, 20 January 2011

~Of a camel and its owner~

Salaam 'alaik.

Seorang lelaki sedang berada di tengah-tengah padang pasir, hanya ditemani untanya yang seekor. Dia meletakkan bekalan makanan, minuman dan pakaian di atas untanya dan mula berjalan merentas padang pasir itu. Tiba-tiba untanya melarikan diri jauh daripada lelaki tersebut dengan membawa kesemua bekalannya. Apa agak-agaknya perasaan lelaki tersebut setelah dibiarkan seorang diri di padang pasir yang luas itu? Marah? Kecewa? Sedih? Tak susah nak bayangkan perasaan dia kalau kita berada di tempatnya.

Tiba-tiba untanya kembali bersama-sama bekalan lelaki itu. Bagaimana pula agaknya perasaan dia sekarang? Mestilah dia rasa sangat gembira dan bersyukur.

Samalah juga dengan kita.. Allah (swt) pastinya murka kepada hambanya yang telah pergi jauh dariNya, mengabaikan tanggungjawab yang sedang digalas di muka bumi ini. Namun Dia pasti akan berasa gembira setelah hambaNya yang sudah sekian lama pergi jauh dariNya kembali dan bertaubat padaNya. Bukankah Dia menyayangi hamba-hambanya lebih dari ibu-ibu mereka sendiri?

Masih tak lewat untuk kembali kepadaNya. Walau sejauh mana kita telah terpesong dari jalan Allah, kembalilah, mohonlah sebenar-benar keampunan dariNya. InshaAllah Dia akan mengampuni dosa-dosa yang telah kita lakukan, dan mohonlah agar diberi petunjuk hidayah supaya kita tidak akan terpesong lagi.. kerana Dialah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang..

Cinta Allah adalah yang Maha Agung.. ='(


*Diceritakan kembali oleh penulis apa yang diceritakan oleh seorang sahabat yang dia hormati..

Nota: Cerita di atas sebenarnya tak boleh dibandingkan bulat2 dengan situasi dalam realiti, kerana Allah tidak memerlukan kita mahupun ibadah kita. Tapi ade point yang cuba disampaikan yang kemungkinan lebih senang difahami dengan bantuan cerita itu.. Wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment