Thursday, 12 April 2012

~*Blank*~


Salaam 'alaikum.

I checked my blogspot dashboard recently (well, a few minutes ago. heh), and there were like.. 4 drafts since my last post on the fourth of June last year.

Yang ajaibnya? Semua berkenaan dengan topik yang berlainan, dan semua dah ada isi yang agak banyak tapi tak berjaya melihat cahaya hari (see the light of day)... T_T

Sebabnya? Satu: Penulis kehabisan idea tengah-tengah menulis. Dua: Rasa topik cam x relevan lak, dan Tiga: Tetiba rasa tak mencapai kualiti yang diingini penulis.

Secara jujurnya penulis rasa sangat sedih..
Kenapa lak? Ye ah, sebab semuanya berbalik semula pada niat asal penulis.. Adakah penulisannya semata-mata untuk... sekadar syok sendiri menulis? Ataupun kerana ada mesej yang ingin disampaikan pada orang lain? Ataupun sebab seronok ada orang baca dan tengok statistik pengunjung bertambah?? Ke sebab nak mempamerkan ilmu yang baru dapat? Astaghfirullahal'adziim.. Adoih... inilah peluang untuk penulis bermuhasabah balik diri... =[


Apa-apa pon.. Rasanya x elok untuk dibiarkan je blog ni kan?
So, masa untuk perbetulkan balik niat, perbaharui semangat dan pertingkatkan usaha.

Dengan lafaz tasbih SubhanAllah walhamdulillah wAllahuakbar.

InshaAllah...